Wednesday 26 May 2021

Inovasi Sosial Berkenaan dengan Perpaduan

 E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN

MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


PENSYARAH: PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR

KELAS: DAT1B


AHLI KUMPULAN:

         i.            MUHAMMAD AMIRUL AMSYAR BIN ROHIZAT (03DAT20F2049)

       ii.            MUHAMAD FAREZ BIN SAID (03DAT20F2037)

     iii.            MUHAMMAD AMIR AMZAR BIN MOHD TAKRI (03DAT20F2079)

     iv.            OSFARIZY BIN OSMIZY (03DAT20F2092)



PENDAHULUAN 


Pada awal kemunculan, inovasi tertumpu kepada pembangunan inovasi yang berteraskan ekonomi. Kebanyakan kajian dijalankan bertujuan untuk memahami keperluan, proses dan kesan inovasi teknologi dalam pembangunan pengetahuan dan kajian inovasi yang menyumbang kepada pembangunan bandar. Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan praktikal bagi memenuhi keperluan sosial yang belum dipenuhi. Jurang antara Keluaran Dalam Negeri Kasar dengan Indeks Kebajikan Ekonomi Mampan dikenali sebagai Indikator Kemajuan Tulen di kebanyakan negara menunjukkan pembangunan ekonomi dan sosial adalah tidak stabil. Berdasarkan Indeks Inovasi Sosial 2016, Amerika Syarikat merupakan negara yang memperoleh skor keseluruhan tertinggi, iaitu 79 daripada 100. Pengukuran indeks kapasiti inovasi sosial dijalankan terhadap 45 negara adalah berdasarkan empat elemen, iaitu polisi dan kerangka institusi, kewangan, keusahawanan dan masyarakat. Amalan inovasi sosial di barat jauh lebih efektif berbanding di Asia (The Hope Institute, 2017). Malaysia memperoleh skor 47.5% bagi keseluruhan skor dengan skor tertinggi dalam elemen polisi, iaitu tempat ke 22 berbanding ke-24 secara keseluruhannya. Malaysia mempunyai kerangka polisi yang strategik dalam pelaksanaan inovasi, namun masih mengalami kelemahan dalam melaksanakan polisi yang dibentuk.

    Sejarah pembangunan negara selepas kemerdekaan tertumpu kepada ketidakseimbangan ruang dan pembangunan ekonomi masyarakat. Penekanan terhadap pembangunan bandar berteraskan teknologi bermula sejak Rancangan Malaysia ke-5. Pelbagai dasar dan strategi dirangka dan dibangunkan sehingga Rancangan Malaysia ke-10  yang berorientasikan taman sains, globalisasi, pengetahuan, inovasi dan berpendapatan tinggi . Manakala, pada Rancangan Malaysia Ke-11 , kesejahteraan dan pembangunan berpaksikan rakyat ditekankan dalam dasar pembangunan. Isu kualiti dan kesejahteraan masyarakat diberi penekanan selari dengan keperluan kepada inovasi sosial dalam membentuk keseimbangan pembangunan ekonomi dan sosial.                                    

    Pada era tahun 2021 yang kini mempunyai zaman teknologi yang canggih dan maju. Pencapaian disasarkan bersifat komprehesif bukan sahaja pada fizikal mahupun ekonomi, tetapi merentasi bidang Politik, Pentadbiran, sains teknologi dan sosial. Rakyat Malaysia diberi tempoh hampir 30 tahun untuk memajukan negara. Tetapi, Malaysia juga menghadap krisis khususnya prestasi ekonomi yang tidak menentu. Fenomena globalisasi pesat mencabar kelangsungan negara untuk bertahan dan mara ke hadapan

    Segala aspek kehidupan manusia menghadapi pelbagai cabaran pada era ini. Dengan konsep dunia tanpa sempadan, urusan negara tidak lagi menjadi hak eksklusif sesebuah negara itu dan terbuka kepada pesaing yang kompetitif.

    Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, melalui amanat tahun baru menegaskan berkesinambungan daripada wawasan 2020 tercetusnya blueprint Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 .Tersiratnya,wawasan 2020 seharusnya difahami bukan penentu kepada sesuatu status pencapaian, tetapi tempoh bagi proses transformasi pemikiran, sikap dan sistem nilai rakyat di negara ini.                                                                                                      

    Penerapan elemen inovasi sosial dalam penyelidikan akan meningkatkan intelektual dan keupayaan hasil penyelidikan yang memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. Keintelektualan bukan sahaja memenuhi keperluan sosial dan masalah sosial masyarakat seperti kemiskinan, kesejahteraan, perpaduan atau kelestarian tetapi mekanisme untuk mencapai perubahan yang sistematik. Kajian terdahulu menunjukkan hubungan yang signifikan antara keupayaan penyerapan pengetahuan dengan output inovasi yang dihasilkan kerana ia melibatkan cara mendasari sebab masalah sosial berbanding hanya pengurangan simptomnya. Artikel ini bertujuan membincangkan konsep inovasi sosial dan keupayaan penyerapan dalam konteks pembangunan bandar berasaskan pengetahuan. Kaedah tinjauan literatur digunakan untuk meneliti konsep keupayaan penyerapan dan pembangunan inovasi sosial. Perbincangan dalam konteks pembangunan bandar berasaskan pengetahuan merujuk kepada aktornya iaitu akademia merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam pembangunan penyelidikan dan inovasi. 2021 adalah masa terbaik melonjakkan paradigma pembangunan negara yang perlu didepani pembangunan sosial.Pendekatan ini bukan memisahkan antara pembangunan sosial, tetapi akan memberi kesan ekonomi lebih sejahtera dan makmur serta bernafas panjang

 

DEFINISI

 

Inovasi sosial merujuk kepada aktiviti dan perkhidmatan inovatif yang didorong dengan matlamat memenuhi keperluan sosial dan kebanyakannya tersebar melalui organisasi yang tujuan utamanya adalah sosial. Sementara itu, Unceta et al. (2016) mendefinisikan ia sebagai produk baru, proses dan kaedah yang dibangunkan secara kreatif dan lestari, menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada satu atau beberapa permintaan sosial. Manakala Howaldt et al. (2016) menyatakan konsep inovasi sosial melibatkan hubungan teknologi dan inovasi perniagaan bertujuan memenuhi tuntutan sosial, memenuhi cabaran masyarakat dan perubahan sistematik yang ditangani oleh pelaku, rangkaian dan urus tadbir (termasuk peranan usahawan sosial, rangkaian, penglibatan pengguna perubahan sosial dan pembangunan melalui proses dinamik. Definisi ini menunjukkan perbincangan inovasi sosial sering dikaitkan dengan elemen ekonomi dengan mengetengahkan keusahawanan sosial. Usahawan sosial merupakan sebahagian daripada inovasi sosial. Keusahawanan dalam kajian inovasi merupakan pengukuran kepada limpahan pengetahuan yang memberi impak kepada masyarakat seperti yang dibincangkan dalam teori limpahan pengetahuan keusahawanan.

    Konsep inovasi lebih menyeluruh melalui definisi Hochgerner, iaitu amalan baru untuk menyelesaikan cabaran masyarakat, yang diterima pakai dan digunakan oleh individu, kumpulan sosial dan organisasi yang terlibat. Ia digunakan untuk merujuk kepada idea-idea baru  yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan sosial yang tidak dipenuhi. Inovasi sosial mempengaruhi tingkahlaku sosial, cara pemikiran, tindakan dan perlakuan seseorang secara bersendirian ataupun bersama. Definisi diguna pakai dalam konteks menilai pembangunan inovasi sosial dalam kalangan akademia. Peranan akademia secara mutlaknya adalah menjana idea-idea baru melalui penyelidikan dan diterjemahkan dalam konteks inovasi yang memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat melalui pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar .

    Konsep dan penyelidikan berkenaan inovasi berkembang  dan mendalam melebihi paradigma berorientasi teknologi yang terbentuk melalui masyarakat industri. Deklarasi Vienna 2011 terhasil selepas 100 tahun Schumpeter membentuk Teori Ekonomi Inovasi. Peralihan sektor perindustrian kepada pengetahuan dan perkhidmatan berasaskan masyarakat. Anjakan paradigma meningkatkan kepentingan inovasi sosial berbanding inovasi teknologi. Teknologi inovasi memerlukan inovasi sosial dalam menyempurnakan pembangunan inovasi dan pengetahuan dalam sesebuah bandar. Fagerberg (2012) menyatakan integrasi inovasi sosial dalam kajian inovasi didefinisikan sebagai kajian ilmiah bagaimana inovasi berlaku dan apa faktor penting yang memberi kesan kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.


KONSEP KEUSAHAWANAN SOSIAL

 

Keusahawanan sosial secara lazimnya ditakrifkan sebagai aktiviti keusahawanan dengan tujuan sosial dan telah menjadi fenomena ekonomi yang penting secara global. Jiao membincangkan bahawa usahawan sosial memainkan peranan sebagai agen perubahan dalam sektor sosial, dengan menggunakan misi untuk mewujudkan dan mengekalkan nilai sosial (bukan hanya nilai persendirian), mengiktiraf dan terus-menerus mengejar peluang baru untuk melengkapkan misi itu, terlibat dalam proses inovasi yang berterusan, penyesuaian, dan pembelajaran, bertindak dengan berani tanpa dihadkan oleh sumber yang ada sekarang, dan mempamerkan akauntabiliti yang tinggi. Keusahawanan sosial juga merupakan langkah untuk menyatukan antara kejayaan komersial dengan kejayaan sosial dari kalangan industri yang menggunakan keuntungan ekonomi mereka, demi kemajuan sosial atau masyarakat. Secara dasarnya, keusahawanan adalah bertujuan bagi pembangunan ekonomi, namun para penyelidik akhir-akhir ini mengemukakan bahawa keusahawanan sebagai proses untuk mendorong kemajuan sosial. Penyelidikan keusahawanan sosial kini telah berkembang dengan pesat bersama-sama gerakan sosial dan transformasi sosial untuk memotivasikan pelbagai keinginan dalam menjayakan gerakan perubahan sosial .

    Tambahan lagi, keusahawanan sosial merupakan bidang penyelidikan yang meneliti perniagaan yang sangat dipengaruhi oleh motif kemasyarakatan dan bukannya didorong secara sepenuhnya dari segi ekonomi. Keusahawanan sosial adalah salah satu cawangan ekonomi yang dapat membantu dalam mengurangkan kemiskinan dan dapat meningkatkan status ekonomi negara. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konsep keusahawanan sosial telah berkembang pesat dalam sektor swasta, awam dan juga sektor yang tidak menitik beratkan keuntungan bukan keuntungan. Tambahan pula, minat terhadap keusahawanan sosial terus berkembang. Keusahawanan sosial telah menjadi fenomena global yang memberi kesan kepada masyarakat dengan menggunakan pendekatan inovatif bagi penyelesaian masalah sosial. Berdasarkan keadaan ekonomi semasa, aktiviti keusahawanan sosial sangat penting untuk mengurangkan masalah sosial terutama di negara-negara membangun seperti Malaysia. Antara langkah awal yang dicadangkan oleh kerajaan Malaysia adalah kerjasama antara institusi. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta perlu mengamalkan konsep keusahawanan sosial untuk membantu usahawan membangunkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan harga dan kualiti yang rendah. Keusahawanan sosial kini menjadi fenomena baharu dalam sesebuah negara bagi mengurangkan segala bentuk masalah sosial dan membasmi kemiskinan.

    Oleh itu, keusahawanan sosial adalah satu cara menyediakan jawapan kepada masalah sosial berdasarkan mencari penyelesaian inovatif bagi masalah sosial yang kompleks, yang bertujuan untuk memberi mereka jawapan yang mampan. Tindakan yang berasaskan keusahawanan sosial dijangka lebih mampu menghasilkan kecekapan dan keberkesanan dalam usaha mencapai matlamat sosial, meningkatkan daya saing serta kemampanan entiti sosial atau golongan sasar yang dibantu. Justeru, keusahawanan sosial merupakan aplikasi prinsip keusahawanan konvensional yang bertujuan mencapai objektif social. Tanpa definisi dan tipologi yang jelas mengenai keusahawanan sosial, sukar untuk mewujudkan asas yang sama untuk semua penyelidik di lapangan. Teori yang sedia ada mengenai keusahawanan sosial tidak sepenuhnya melengkapi untuk kemunculan usahawan sosial ini tetapi juga kepelbagaian mereka.

 

PENGUKURAN INOVASI SOSIAL

 

Pembangunan memerlukan pengukuran untuk mengetahui tahap dan keupayaan sesuatu perkara. Justeru, bagi membentuk sistem pengukuran inovasi sosial terdapat empat cabaran yang perlu diselesaikan. Pertama, perlu membuktikan inovasi sosial efektif dan secara mapan terhadap tindak balas kepada keperluan masyarakat, terutamanya apabila masalah sosial wujud, inovasi sosial memainkan peranan penting dalam membentuk daya saing dari segi ekonomi dan masyarakat. Kedua, menggambarkan peruntukan wang awam serta menarik sumber pembiayaan awam dan swasta. Hal ini memerlukan pemahaman bersama mengenai apa yang 'inovasi sosial dan kesan sosial yang boleh diukur'. Ketiga, dasar berasaskan bukti memerlukan bukti mengenai impak yang diharapkan dari tindakan yang terlibat. Akhirnya, inovasi sosial dapat membuka jalan untuk membangunkan kelebihan daya saing baru untuk ekonomi. Cabaran ini menunjukkan bahawa penciptaan nilai sosial dan lingkungan adalah pusat kepada kemapanan manusia dan ekologi masyarakat. Pengukuran inovasi sosial dinilai melalui pendekatan peringkat individu, organisasi dan wilayah/negara. Berdasarkan kajian lepas, terdapat beberapa kelemahan dalam pengukuran inovasi sosial, khususnya secara empirikal. Pendekatan individu ditekankan dalam konteks keusahawanan sosial dan pereka sosial dalam menangani masalah sosial yang kompleks.

    Kajian tertumpu terhadap motivasi, pengalaman dan usahawan sosial yang tidak menggambarkan matlamat inovasi sosial. Manakala, pengukuran antara pendekatan individu dan wilayah yang merupakan struktur perantara bagi individu daripada segi organisasi. Akhirnya di peringkat wilayah, pengukuran dijalankan terhadap indikator yang boleh diukur, bukan kepada indikator yang perlu dan mesti diukur. Kajian terdahulu menunjukkan halangan kepada pembangunan inovasi terutamanya adalah pada peringkat pelaksanaan. Justeru, keupayaan penyerapan pengetahuan digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk memahami teras dan proses kepada terbentuknya pembangunan inovasi berkesan. Kajian ini, menggunakan pendekatan yang lebih meluas, tidak hanya tertumpu pada akademia yang terlibat dengan keusahawanan sosial sahaja, tetapi akademia secara menyeluruh. Inovasi berkesan bermaksud inovasi yang terhasil memberi impak positif kepada pengguna akhir.

 

KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL

 

    Kemunculan inovasi sosial adalah rentetan daripada teori pembangunan inovasi yang diilhamkan oleh Schumpeter pada tahun 1911. Kesemua inovasi adalah relevan terhadap masyarakat dan sosial tetapi bukan semua inovasi merujuk kepada mekanisme ekonomi dan proses teknikal. Isu-isu perubahan sosial, pembangunan, krisis sosial, cabaran sumber dan penyelesaian memerlukan perubahan daripada inovasi berorientasikan ekonomi kepada orientasi sosial dan masyarakat.

    Elemen ekonomi terletak dalam perbincangan kesejahteraan masyarakat. Pelbagai inisiatif, organisasi, polisi dan institusi diwujudkan untuk membincangkan inovasi sosial. Antara yang terawal ialah Institute of Social Invention London (1985), Centre for Social Innovation Vienna (1990), Social Innovation Ltd. Dortmund (1994) dan Centre for Social Innovation Stanford U (2000). Asian Social Innovation Award, Hong Kong (2011) ialah Inisiatif pembangunan inovasi sosial di Asia yang memberi impak tinggi. Secara amnya, inovasi sosial dibincangkan secara mendalam semasa Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, di Malaysia pada 2 November 2014.

    Kajian terhadap masyarakat bertujuan mengenal pasti keperluan masyarakat yang wujud dengan memberi keutamaan kepada keperluan mendesak yang belum dipenuhi. Theoretical, Empirical and Policy foundation for Social Innovation in Europe (TEPSIE) menggariskan lima elemen dalam teras pembangunan inovasi sosial, iaitu pembaharuan, pelaksanaan idea, memenuhi keperluan masyarakat, keberkesanan dan meningkatkan keupayaan masyarakat bertindak.

    Pertama, pembaharuan bukan bermakna kebaharuan sejagat atau mutlak, tetapi menjurus kepada penerimaan sesuatu yang baru dalam konteks politik, sosial atau budaya di mana kes-kes inovasi sosial timbul. Walaupun bagi sesetengah perkara ia telah tersebar dan diterima di negara lain, tetapi boleh dianggap baru di peringkat tempatan sekiranya ia tidak wujud sebelumnya.

    Kedua, pelaksanaan idea melalui penerapan praktikal idea inovasi sosial. Idea yang dicipta dan diuji harus diterapkan ke lapangan untuk memenuhi syarat sebagai inovasi sosial. Hal ini juga membayangkan bahawa aplikasi tersebut perlu mapan

    Ketiga, memenuhi keperluan masyarakat. Penyelidikan yang memenuhi keperluan masyarakat dan hasil yang efektif menggambarkan kejayaan inovasi sosial.

    Keempat, keberkesanan, iaitu elemen fokus kepada idea inovasi sosial yang berkesan dalam bentuk hasil (seperti kualiti, kepuasan, kos dan kesan) berbanding penyelesaian yang ada.

    Kelima, meningkatkan keupayaan masyarakat untuk bertindak. Inovasi sosial dicapai bukan sahaja dengan memenuhi keperluan sosial yang tidak terpadam dengan cara yang berkesan, tetapi juga dengan menerapkan proses inovatif terhadap seluruh masyarakat. Sesungguhnya, inovasi sosial merangkumi proses inklusif yang melibatkan pengguna, pihak berkepentingan, minoriti dan orang terpinggir untuk meningkatkan kapasiti masyarakat keseluruhannya kerana ia akhirnya berkaitan dengan dimensi pemberkasakan inovasi sosial dan ketahanan masyarakat .


5 dimensi utama dalam inovasi sosial daripada GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 14 issue 2:


1) Mengenalpasti keperluan dan cabaran masyarakat.

2) Sumber, keupayaan dan konstrain yang ada untuk membangunkan inovasi sosial.

3) Inovasi sosial memerlukan proses dinamik, ia melibatkan strategi sosial yang kreatif.

4) Mewakili eleman pelaku, hubungan jaringan dan urus tadbir yang merupakan aktor penting dalam pelaksanaan inovasi sosial.

5) Konsep dan kefahaman inovasi sosial dalam kalangan pemegang taruh. Manakala, dimensi dan teras yang dibangunkan mesti bertujuan memenuhi kehendak dan keperluan sosial.

KESIMPULAN

Pengukuran pembangunan inovasi sosial berdasarkan teori keupayaan penyerapan dilihat dapat memenuhi teras inovasi sosial. Jurang keupayaan potensi inovasi sosial organisasi dan keupayaan kesedaran inovasi memerlukan pengukuran di peringkat individu agar teras pembangunan inovasi sosial dapat diperkukuhkan. Idea inovasi sosial yang berkesan adalah dalam bentuk hasil. Penyelidikan yang memenuhi keperluan masyarakat dan hasil yang efektif menggambarkan kejayaan inovasi sosial. Walaupun isu pembangunan sosial secara amnya telah lama diperdebatkan, namun daripada segi konsep inovasi ia masih baru terutamanya di negara sedang membangun. Justeru, penumpuan kepada pembangunan inovasi sosial diperlukan untuk menjana keseimbangan pembangunan agar keseluruhan masyarakat memperoleh manfaatnya.

SUMBER RUJUKAN

1. https://ennashood.blogspot.com/2021/04/inovasi-sosial-berkenaan-dengan.html

2. https://ennashood.blogspot.com/2021/04/inovasi-sosial-berkenaan-dengan.html

3. https://www.facebook.com/YayasanInovasi/posts/definisi-inovasi-sosial-inovasi-sosial-adalah-sesuatu-produk-dan-perkhidmatan-ya/3264270380271581/

LAMPIRAN 




Inovasi Sosial Berkenaan dengan Perpaduan

  E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PENSYARAH: PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR KELAS: DAT1B AHLI KUMP...